![]() Ini secara langsung akan melihatkan mereka yang terjejas oleh pertikaian itu terpaksa memihak kepada sesuatu identiti yang mungkin berasaskan sejarah atau pertingkaian masa lampau yang diwariskan tanpa permintaan mereka. Buku teks sejarah tidak mendorong pemikiran kritikal mahupun analis, dan juga tidak memberi rangsangan untuk pembaca untuk menyoal fakta-fakta yang diberikan. Buku teks tersebut tidak menunjukkan cabaran dalam kehidupan manusia dan tidak menunjukkan terdapatnya tafsiran yang berbeza terhadap sesuatu peristiwa dalam sejarah. Cara naratif yang disampaikan dalam buku teks tidak mendalam dan bergerak dalam satu arah. Terdapat kecenderungan untuk menyampaikan sejarah seperti siri-siri cerita moral dalam buku teks sejarah terkini, mungkin untuk meningkatkan perpaduan kumpulan. Seperti kata-kata Seymour Martin Lipset, Those who only know one country know no country yang bermakna orang-orang yang hanya tahu tentang satu negara tidak tahu apa-apa negara. Ini adalah penting tetapi ia perlu diimbangi dengan pengetahuan mengenai tamadun sejarah dunia yang lain untuk memberi konteks serta menangani isu-isu kontemporari serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh negara. Manakala fokus utama buku teks sejarah terkini adalah tamadun Islam. Buku teks Sejarah terkini tidak memberi pembaca pemahaman tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan negara, kepentingan menanyakan soalan yang betul dan juga tidak menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca. Oleh itu, buku teks sejarah Malaysia terkini tidak mempaparkan sejarah sebenar negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan sejarah sosial. Tumpuan terhadap Kesultanan Melayu Melaka sebagai titik rujukan untuk akar tamadun Malaysia gagal untuk mengambil kira sumbangan masyarakat Bumiputra Sabah dan Sarawak, serta peranan penting Orang Asli, orang Cina, orang India, orang kacukan Asia dan Eropah (Eurasian) dan kaum-kaum lain dalam sejarah Malaysia. Melalui sejarah padi dan beras, wacana tentang sejarah Malaysia dapat dikaji bermula dari pra-sejarah dan merangkumi budaya, tradisi, seni, kraf, muzik, kepercayaan, sejarah lisan, seni bina, pertanian, struktur sosial dalam negara, Asia dan seluruh dunia. Satu contoh yang baik sebagai topik di bawah pembelajaran etnologi adalah dengan memperkenalkan sejarah padi dalam buku teks. Kajian sejarah yang lebih seimbang dapat dicapai dengan memberi perhatian kepada kajian etnologi selain sejarah politik. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2022
Categories |